Pentingnya logo untuk perniagaan anda...

Rekacipta logo memainkan peranan yang penting dalam perniagaan. Simbol yang kecil yang diberi nama ‘logo’ boleh memberi impak yang besar pada perniagaan. Lihat sahaja jenama-jenama terkenal di dunia, semuanya mempunyai logo. Tanpa logo, tiada lah jenama.

Logo akan memberi gambaran profesional kepada perniagaan anda kerana manusia lebih mudah mengingati gambar atau imej daripada perkataan. Pelanggan anda akan mudah ingat logo anda.

Cuba fikir sejenak dan lihat disekeliling anda. Kesemua perniagaan, produk dan perkhidmatan yang berjaya pasti mempunyai LOGO tersendiri. Anda juga perlukannya untuk berjaya!

LOGO - simbol yang kecil, tetapi memberi impak yang besar kepada apa sahaja perniagaan. Pastikan anda mempunyai LOGO untuk perniagaan atau perkhidmatan anda, tak kira walaupun anda menjalankan perniagaan seorang diri!

Rekacipta logo memerlukan imaginasi grafik imej melalui persembahan visual perkataan, simbol, warna dan bentuk. Ia mewujudkan imej yang profesional tanpa mengira saiz syarikat dan meningkatkan kesedaran pengguna produk dan perkhidmatan anda.

Beberapa jenama paling berjaya seperti Nike, Coca Cola dan McDonalds adalah sangat diingati dalam fikiran kita dengan kehadiran logo mereka. Nike "swoosh", jalur tulisan reben untuk Coca Cola, gerbang berkembar daripada McDonalds berbentuk "M".

Mari kita belajar daripada syarikat-syarikat besar. Jika mereka menggunakan logo untuk penjenamaan imej mereka, begitu juga anda. Jika anda pada masa ini tidak mempunyai logo untuk memenuhi keperluan syarikat anda, kami akan membantu anda dalam mereka bentuk logo profesional yang direka dengan sentuhan pakar. Atau jika logo anda tidak memberi impak besar kepada perniagaan anda, sudah tiba masanya untuk anda lakukan perubahan.

"Gunakan logo untuk jadikan perniagaan anda mudah diingati. Logo yang baik akan memberi tarikan perasaan, gambaran dan juga jenama kepada perniagaan anda. Ia juga akan memberi gambaran profesional kepada perniagaan. Apabila prospek melihat logo yang menarik, perniagaan anda mendapat daya tarikan pertama yang lebih positif!" ~Irfan Khairi

Logo mempunyai kuasa yang lebih daripada anda fikirkan. Logo memberikan prospek dan pelanggan anda kesan pertama dan terakhir pada pandangan mereka. Logo melekat dalam minda sebagai jenama anda. Logo membolehkan orang ramai untuk mengenali anda dengan serta-merta ketika mereka datang ke laman web anda, melihat salah satu iklan anda, atau salah satu produk anda.

Bagaimana kami boleh membantu anda...

Kumpulan kami terdiri daripada beberapa pakar pereka grafik yang berpengalaman dalam industri digital dan percetakan sejak tahun 2000 lagi. Bukan sahaja kepakaran kami dalam bidang reka cipta, tetapi juga dalam penjenamaan perniagaan yang merupakan elemen penting dalam menghasilkan logo dan rekacipta yang terbaik.

Sememangnya terdapat banyak tempat yang boleh menghasilkan rekacipta logo. Namun tidak banyak yang mempunyai kepakaran dalam penjenamaan dan pemasaran. Apa yang terjadi adalah, grafik yang dihasilkan tidak mempunyai fungsi yang dapat membantu dalam menonjolkan perniagaan anda dikalangan pesaing.

Lihat perbezaannya...


Berikut adalah 3 tip rekacipta logo untuk perniagaan anda

  • Pastikan rekacipta logo anda adalah profesional. Logo yang tidak profesional akan memberi tanggapan tidak profesional kepada perniagaan anda. Logo merupakan hubungan pertama antara pelanggan dan jenama anda.
  • Rekacipta logo perlu mudah dan tidak terlalu kompleks. Sekali lagi, fikirkan logo-logo yang terkenal, kesemuanya mempunyai ciri rekacipta dan bentuk yang mudah (simple)
  • Hadkan warna untuk logo ciptaan anda. Logo-logo popular kebanyakannya hanya menggunakan 2-3 warna sahaja. Ini memudahkan orang mengingati logo tersebut.

Manfaat reka logo yang profesional...

  • Logo yang profesional akan menjadikan perniagaan anda kelihatan lebih besar dan lebih teguh. Dengan memberi gambaran sebegini, keyakinan terhadap perniagaan anda akan meningkat.
  • Logo yang profesional akan dapat menarik pelanggan oleh kerana ia memberi kredibiliti tambahan kepada perniagaan anda. Perniagaan yang memberi imej yang berkualiti dan profesional sering menjadi pilihan berbanding dengan perniagaan yang kelihatan tidak profesional.
  • Logo yang profesional akan memberi jenama kepada perniagaan anda. Sama ada anda menjalankan perniagaan secara individu, atau perniagaan kecil dan sederhana (SME), ataupun perniagaan besar, logo memberi impak dari segi penjenamaan perniagaan anda.
  • Logo yang profesional menunjukkan komitmen anda terhadap perniagaan anda dan juga pelanggan. Komitmen ini memberi daya saingan yang lebih apabila pelanggan melakukan perbandingan perniagaan anda dengan pesaing-peasaing anda.
  • Logo yang profesional akan memberi gambaran perniagaan yang lebih stabil. Gambaran ini juga membina keyakinan pelanggan dalam melakukan belian daripada anda.
  • Logo yang profesional akan memudahkan prospek dan pelanggan ingat kepada produk atau perkhidmatan anda. Ini adalah kerana minda akan lebih mudah mengingati sebuah imej berbanding dengan sesuatu yang dibaca atau dengar.
  • Logo yang profesional dapat membezakan perniagaan anda dan pesaing. Logo yang menarik dan memberi makna tersendiri untuk sesebuah perniagaan dapat menonjolkan perniagaan anda dikalangan pesaing.
  • Logo yang profesional untuk sesetengah perniagaan akan memberi daya saingan yang lebih hebat kepada perniagaan oleh kerana kekurangan perniagaan atau pesaing yang nampak profesional.

Jadikan perniagaan anda tampak lebih profesional dan bina keyakinan dan kepercayaan orang ramai dengan memiliki jenama anda sendiri!

3 langkah dalam menghasilkan logo terbaik untuk anda...

Langkah 1: Kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut perniagaan anda supaya pereka grafik kami dapat menghasilkan imej yang terbaik untuk mewakili jenama anda.

Langkah 2: Pereka grafik kami akan sediakan 5 draft idea logo terbaik untuk perbincangan seterusnya. Logo yang dihasilkan adalah berdasarkan bertahun-tahun pengalaman dalam bidang grafik dan penjenamaan.

Langkah 3: Anda dan pihak kami sama-sama akan berbincang dan memperbaiki logo supaya menepati citarasa anda disamping mempunyai ciri-ciri logo yang profesional untuk penjenamaan perniagaan anda!

DAPATKAN LOGO PROFESIONAL UNTUK PERNIAGAAN ANDA HARI INI!

Untuk melakukan tempahan perkhidmatan rekacipta Logo yang MemangCun, adalah kini pada harga pengenalan iaitu hanya RM500 RM250 sahaja!
(Jimat RM250 sempena diskaun HARI RAYA -
pesanan sebelum Jumaat 23 Jun 2017)


 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di 03-77292277
atau email
info@5angka.com




HakCipta terpelihara © 2015 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam
laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik